Saturday, November 24, 2012

Memudahkan dan menjimatkan masa

Di dalam kehidupan yang semakin sibuk ini masa adalah amat penting.  Ramai di antara ibu bapa yang semakin kesuntukan masa untuk menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat untuk anak-anak.  Bayangkan masa yang perlu diluangkan untuk menyediakan popia goreng, karipap, kuih pau, donat dan sebagainya.

Selain untuk hidangan keluarga, produk kami juga sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung.  Penyediaannya adalah singkat dan anda tidak perlu membiarkan tetamu menunggu lama.

Kepakaran kami adalah menyelesaikan masalah anda di dalam penyediaan makanan.  Kami adalah pengedar makanan sejuk beku seperti otak-otak popia, samosa ayam, karipap ayam dan pau.

Untuk otak-otak popia, karipap dan samosa, cara penyediaannya adalah, keluarkan saja dari peti sejuk dan goreng.  Siap untuk dihidang.  Untuk pau pula, keluarkan dari peti sejuk dan kukus dalam 10 minit dan sedia untuk dimakan.  Mudah bukan!!

Untuk tempahan sila hubungi : 012-2045957 

Perkhidmatan penghantaran percuma disediakan untuk beberapa kawasan di Selangor iaitu penduduk di sekitar Kuang, Sungai Serai, Merbau Sempak, Paya Jaras, Sungai Buloh dan kawasan yang berdekatan dengannya.

Kuantiti yang perlu dipesan untuk perkhidmatan percuma ini adalah sekurang-kurangnya 5 paket.





No comments:

Post a Comment